CALENDAR

Thursday 24 December 2015

SEBELUM OPERATION DATE

I'm brought my daughter- Nurul Afreena to meet our 1st scoliosis patient at HUKM. Tujuannya adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang what is Scoliosis and etc.

Alhamdulillah- Allah permudahkan perjalanan kami- yang selama ini I never been to HUKM and really sesat-sesat walaupun pakai Waze..ha ha. Finally kami sampai.

Surprising jugak ingatkan nama patient tu ADLINA - girl and apa yang kita tahu scoliosis biasanya pada remaja perempuan. Masuk ke ward ORTHOPEDIk tanya pada nurse tu ada tak patient name by ADLINA- dia kata x de..Muhammad Adli ada..ha ha rupanya boy boy. Sorry Adli...auntie silap


UJIAN ALLAH

Setiap ujian yang datang adalah anugerah dari Allah. Allah menguji kita mengikut kemampuan hambanya. Aku bersyukur dengan setiap kali diuji. Kini aku diuji dengan Nurul Afreena menghidap scoliosis dan perlu di buat pembedahan.

Kenapa Nurul Afreena perlu dibedah- her curve progress very badly and need to do a surgery as soon as possible. Jika itu yang telah ditentukan- bagi kami (as a parent)- cuma berdoa semoga semuanya dipermudahkan urusan anak kami.

Nurul Afreena telah menjalani segala ujian seperti CT-scan, xray , nerve and etc. Tarikh operation telah ditentukan pada  6/10/2015. Pembedahan akan dilakukan oleh pakar spine surgeon di PPUM iaitu Prof. Kwan.
X-RAY pada 14/8/2015
Aku cuba menjadi kuat..walaupun air mata nie rasa nak gugur. YA ALLAH- mampukah aku hadapi
semua ini? Kenapa aku di duga? Kenapa setelah 12 tahun anak ku ini membesar dan lahir dengan sempurna baru kini engkau turunkan musibah ini? Ya Allah- berikan aku kekuatan supaya Nurul Afreena juga kuat.

Berbeza dengan anakku Nurul Afreena...dia yang agak cool, always think positif, she did mentioned that all this thing happen for a reason. As human we have to accept this fate,,,Mama. and I'm ready to go through all this. Pain is just a while but i will looks straight and for sure I'm taller than you..mama
Kata-kata ini membuatkan diri ini terasa sungguh bersyukur bahawa anakku telah bersedia.

KEHIDUPAN


Hidup ini umpama catur. Setiap buah catur ada keistimewaaannya. Begitulah Allah menciptakan setiap makhluk mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Setiap buah catur mempunyai pergerakan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan. Begitulah juga manusia, ada perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Setiap pergerakan dalam permainan catur ditentukan oleh si pemain. Begitu juga kehidupan manusia yang ditentukan oleh Allah s.wt. Setiap pemain, inginkan kesudahan yang baik agar mencapai kemenangan. Sama juga dalam kehidupan kita, di mana Allah mahukan kita mencapai yang terbaik di dunia dan akhirat.

Hidup, mati, jodoh, rezeki semuanya telah ditetapkan oleh Allah. Manusia hanya berusaha untuk mencapai segala sesuatu itu. Tetapi tanpa kita sedari, adakalanya kita melakukan perkara yang salah untuk mencapai sesuatu. Kita tidak solat, semata-mata untuk mencari rezeki. Kita jumpa bomoh untuk mencari jodoh. Kita percaya ubat yang memanjangkan umur dan mencantikkan kita. Kita sering kali meletakkan kesandaran hidup kepada sesuatu selain Allah.

Percayalah, bahawa sesuatu yang Allah berikan kepada kita, itu adalah yang terbaik untuk kita. Tidak kira keburukan ataupun kebaikan. Biasakan diri kita dengan menyebut insyaAllah (dengan izin Allah). Apabila kita sakit, Allah lah yang menyembuhkan kita. Apabila kita lapar, Allah lah yang memberi rezeki kepada kita. Apabila kita sedih, Allahlah yang memberi perasaan itu kepada kita. Adapun sekiranya ubat, manusia atau makhluk-makhluk lain, itu cuma hanyalah sebagai penyebab kepada segala yang kita terima. Allah mengatur segala hidup kita.
,
Walaupun kehidupan kita telah ditetapkan oleh Allah, kita berhak bermohon kepada Allah. Inilah yang membezakan kita dengan buah catur itu tadi. Buah catur hanya digerakkan tanpa meminta. Tapi kita manusia, diberi hak untuk meminta kepada Allah. Qadar dan Qada akan jalan seiring bersama doa-doa kita. Jika apa yang kita doakan itu tidak dapat di dunia. Allah pasti akan memberinya di akhirat kelak kerana Allah. 3 jenis pembahagian doa :-
i)  doa yang dimakbulkan
ii) doa yang ditangguhkan
iii) doa yang dimakbulkan di akhirat

Sedarlah ! Tiada apa satupun di dunia ini adalah milik kita. Hatta mata, mulut, hati, akal, anak-anak, harta benda...semuanya adalah milik Allah. Allah pasti mahukan yang terbaik untuk hambanya yang beriman kepadanya. Janganlah kita meletakkan diri terlalu hebat dan gah. Kita selalu menyebut "atas hasil usaha akulah, aku jadi senang sekarang ini. " Ya, kita berusaha, tetapi yang memberikan kesenangan itu hanyalah Allah. Allah berhak untuk tidak memberi ataupun menarik kesenangan yang sementara itu jika kita tidak bersyukur kepadanya.

Berusaha, berdoa, bertawakal dan bersyukurlah kepada Allah. Apabila Allah memberi yang tidak baik, redhalah. Apabila Allah memberi yang baik, bersyukurlah! Allah yang berhak terhadap kehidupan kita.

Wallahualam 


 

APAKAH YANG AKAN BERLAKU SELEPAS PEMBEDAHAN?

1) Bilakah pesakit yang menjalani pembedahan boleh bangun dan berjalan untuk pertama kali selepas pembedahan?

- Selalunya dalam masa 24 jam selepas pembedahan

2)  Berapa lamakah pesakit perlu berada di hospital?
- 3- 4 hari

3) Berapa lamakah pesakit perlu berehat sebelum kembali membuat aktiviti biasa?
- 3 - 4 bulan

4) Bolehkan pesakit melibatkan diri dalam sukan?
- Boleh, tetapi bukan sukan yang memerlukan interaksi fizikal dengan pemain lain.

5) Adakah pembedahan ini akan menjejaskan kehamilan di masa hadapan pada pesakit wanita?
- Tidak



Article : Scoliosis Patient Handbook (UMMC)




Wednesday 23 December 2015

APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN SEMASA PEMBEDAHAN?

Pencatuman tulang belakang

Beberapa skru pedikel dimasukkan ke dalam tulang belakang dan skru-skru ini disambung kepada rod besi untuk meluruskan tulang belakang tersebut. Permukaan tulang belakang yang terbabit akan didedah dan cantuman tulang (bone graft) (yang akan diambil dari pesakit sendiri) akan diletakkan
di atas tulang-tulang yang terdedah tersebut.

Pada mulanya, skru dan rod besi akan memberikan kestabilan kepada tulang belakang. Namun setelah tulang-tulang tesebut bercantum, ianya akan menjadi cukup kuat untuk meluruskan belakang dengan sendiri.


Apakah risiko pembedahan?
Kadar komplikasi (besar dan kecil) secara keseluruhan adalah kurang daripada 5%. Ini adalah rekod dari PPUM.


Apakah yang akan berlaku jika tidak menjalani pembedahan.
Apabila lengkungan mencecah 100 darjah atau lebih, risiko untuk kegagalan paru-paru / jantung adalah lebih tinggi, yang mana mungkin terjadinya kematian pada umur yang muda.




Article : Scoliosis Patient Handbook (UMMC)


JENIS RAWATAN

JENIS RAWATAN



Sudut Cobb (X˚) Jenis Rawatan
10 - 20˚ Pemerhatian dengan pemeriksaan susulan
20 - 45˚ Menggunakan pendakap (braces)
> 45˚ Pembedahan / Surgery



Pemerhatian
Pemerhatian akan dibuat setiap 4 hingga 6 bulan bagi memantau perkembangan lengkunang. Hanya penambahan >5 darjah di antara 2 pemeriksaan susulan (jarak 4-6 biulan) dianggap sebagai ketara.

Pemakaian Pendakap
Pendapar (brace/orthosis) digunakan untuk mengekalkan kedudukan tulang belakang dan menghalang lengkungan daripada menjadi teruk.

Kesan Rawatan menggunakan Pendakap
Kajian daripada Persatuan Penyelidikan Skoliosis mendapati penggunaan pendakap pleh 92% pesakit telah mencegah lengkungan mereka daripada menjadi lebih teruk berbanding dengan 49% pesakit yang tidak memakai pendakap.

Untuk memastikan rawatan menggunakan pendakap berjaya :-

1) Pesakit mestilah mematuhi cara pemakaian (mematuhi nasihat pakar tulang belakang / doktor)
2) Pembuatan pendakap yang betul





Article : Scoliosis Patient Handbook (UMMC)















BAGAIMANA UNTUK DIAGNOSIS SKOLIOSIS

BAGAIMANA UNTUK DIAGNOSIS SKOLIOSIS

X-ray dilakukan ke atas tulang belakang termasuk pinggul pesakit. Pemeriksaan x-ray dapat menentukan kedudukan Apeks (tulang belakang yang paling bengkok), arah kebengkokan serta mengira magnitud darjah bengkok dengan menggunakan sudur cobb.



Article : Scoliosis Patient Handbook (UMMC)